NOTIS MESYUARAT AGONG PERSATUAN PENDUDUK TAMAN SEROJA 3 KALI KE 5
Perkara di atas dirujuk,
2. Jawatankuasa Persatuan Penduduk Seroja 3 dengan sukacitanya ingin memaklumkan, Mesyuarat Agong Persatuan Penduduk kali ke 5 akan diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh : 29 MAC 2009 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Tabika Kemas Taman Seroja 3
3. Sehubungan dengan itu, pihak persatuan menjemput semua penduduk yang menetap di Seroja 3 hadir ke Mesyuarat Agong tersebut. Pihak persatuan juga mengalu-alukan pendaftaran ahli-ahli baru.
4. Agenda Mesyuarat Agung di lampirkan, tuan-tuan dan puan-puan boleh mengemukakan usul-usul mengunakan keratan di bawah dan serahkan kepada pengerusi Persatuan, (En. Nor Azam Bin Abdul Hamid, Tel: 013-2486546) di alamat No 19 Jalan Seroja 3A/4, selewat-lewatnya pada 21 Mac 2009.
5. Datanglah beramai-ramai supaya kita dapat bersama menjayakan Mesyuarat Agong demi kebaikan bersama.
Sekian, terima kasih.
TERUS KEKAL BERSATU
2 comments:
maaf la kawan2, aku ade program lain pada tarikh berkenaan. aku bersetuju dengan semua keputusan mesyuarat itu nanati, KECUALI berkaitan lantikan baru...hanya yang hadir sahaja sah dipilih, terima kasih.
dengar khabar bayangan ajk baru dah ada, teruskanlah...aku tetap teguh menyokong barisan baru yang bakal dilantik nanti..(tapi hanya yang hadir mesyuarat sahaja)...he...he...jangan marah haa...nanti kena jual!!!
Post a Comment