Saturday, July 11, 2009

Khairat Kematian

Pihak persatuan telah mengadakan satu perjumpaan bersama penduduk pada 28 Jun yang lalu. Pada perjumpaan tersebut semua penduduk telah bersetuju untuk meneruskan khairat kematian. terdapat dua kaedah yang telah diutarakan kepada penduduk iaitu satu cara menggunakan kaedah top-up dan kaedah kedua adalah kaedah Takaful insurance. Setelah bermesyuarat penduduk telah bersetuju untuk menggunakan kaedah pertama iaitu secara top-up.
Masalahnya ialah bagaimana ia berfungsi, adakah kaedah ini berkesan untuk semua penduduk. adakah satu-satu kematian berlaku dapat dipenuhkan semua tabung khairat. Itulah yang menjadi persoalannya.
Bagi penulis kaedah kedua boleh diguna pakai dengan cara:
1. Tabungan khairat mencukupi untuk 2 kematian serentak.
2. Takaful insurance bertujuan memenuhkan kembali tabungan khairat yang telah dikeluarkan.
3. Tabungan Khairat akan sentiasa ada dengan adanya top-up dari takaful insurance.
Masalah tetap ada pada kaedah kedua, mengenai pengurusan, siapa yang akan menguruskan dengan pihak takaful?

Penulis blog berharap agar semua pihak memberikan respon.

tq....

3 comments:

bakarapi said...

Agaknya bab mati ni tak ramai yang minat...sebab semua takut mati, tapi tak nak bersedia...lg atu yang depa bagus sgt pasai komplen...komplen...komplen...tp tak nak bagi idea dan sama2 majukan khairat yg d tubuhkan...dah lama dah beb...!!!!

bakarapi said...

ai!! combat pun tak respon lg...takut mati gak ke...he...he...usik ckit je...meh le kite gerak2 balik pasal mati ni..jgn tunggu ada yg mati lg baru nak bertindak..nyosal tak sudah karang...mau X mau tetap akan mati gak......

panglimadaeng said...

ada..lambat sikit nak balas....kita teruskan aje yang hari tu dah sama2 setuju...daripada tak jalan2 langsung...lepas nie kita pantau aje ler..kalau tak gerak..kita tembak lagi.