Thursday, July 16, 2009

SURAT PERSETUJUAN KHAIRAT KEMATIAN

PERSETUJUAN KHAIRAT KEMATIAN TAMAN SEROJA 3

Sukacita dimaklumkan perkara di atas dirujuki.

2. Pada perjumpaan penduduk yang lepas, perbincangan khairat kematian telah dipersetujui khairat kematian akan ditubuhkan semula di Taman Seroja 3. Sebulat suara telah bersetuju untuk pendaftaran khairat iaitu RM 20.00. terdapat dua kaedah dalam khairat iaitu kaedah top-up dan kaedah takaful. Dalam perbincangan tersebut kaedah top-up telah dipilih oleh penduduk. Akan tetapi pihak persatuan beranggapan bahawa cara ini akan mengurangkan tabungan khairat kematian seandainya kutipan untuk top-up tidak mencukupi bagi satu-satu kematian. Ini bermakna jumlah kutipan tidak sama dengan jumlah yang telah dikeluarkan oleh tabung khairat.

3. Sehubungan dengan itu, pihak persatuan mencadangkan agar khairat kematian didaftarkan kepada takaful ikhlas, ini bertujuan agar satu-satu kematian akan dapat kembali tabungan khairat. Bagaimana ia berfungsi, pada satu-satu kematian wang tabungan khairat akan dikeluarkan semasa kematian kepada waris. Dalam masa 21 hari dari tarikh kematian, Takaful Ikhlas akan mengeluarkan wang pampasan, dan wang pampasan tersebut akan disalurkan terus ke tabung khairat kerana waris telah mendapat wang semasa kematian. Ini bermakna tabungan khairat akan sentiasa mencukupi untuk satu-satu kematian yang lain.

4. Pihak persatuan berharap agar tuan puan memahami kedua kaedah tersebut. Sebarang kemusykilan boleh berhubung terus kepada pengerusi Taman Seroja 3. En Azam Bin Halal Tel: 019-6638175.

5. pihak persatuan ingin persetujuan semua penduduk untuk melaksanakan tabungan khairat kematian secara Takaful Ikhlas. Sila kembalikan keratan persetujuan kepada pihak persatuan atau hantar terus ke pengerusi persatuan.

4. Kerjasama dari pihak tuan amat kami harapkan.

Sekian, terima kasih.

2 comments:

panglimadaeng said...

surat dak keluar...tak kan tak paham-paham jugak...jangan nak protes aje.

bakarapi said...

biasak la....kwn2 kita memang cam tu...kalau tak ditarik dan di cucuk memang lambat ckit...apa tunggu lg combat...seraaanng!!!!