Monday, July 19, 2010

Gotong Royong Perdana Bersama MDHS

GOTONG ROYONG PERDANA BERSAMA MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR

Sukacita dimaklumkan, perkara di atas dirujuki.

2. Butiran gotong royong perdana bersama Majlis Daerah Hulu Selangor akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 25 JULAI 2010 (Ahad)
Masa : 8.30 Pagi
Tempat Berkumpul : Padang Taman Seroja 3
Dirasmikan Oleh : Y.B. P. Kamalanthan a/l P. Panchanathan
(Ahli Parlimen Hulu Selangor)

Aturcara Majlis : 8.30 - Ketibaan YB. P. Kamalanathan
: 9.00 – Ucapan Perasmian Program Gotong-royong
: 9.15 – Gotong-royong Bermula

3. Oleh yang demikian, besarlah harapan persatuan sekiranya tuan/puan dapat menghadirkan diri dan memeriahkan lagi majlis tersebut. Sila bawa bersama kelengkapan peralatan untuk tujuan gotong-royong.

4. Kutipan yuran keahlian juga akan dijalankan pada hari tersebut, kepada ahli yang belum menjelaskan yuran tahunan boleh berbuat demikian kepada bendahari persatuan. Kepada penduduk yang baru berpindah dialu-alukan menjadi ahli persatuan. Bersama kita memajukan Taman Seroja.

5. Kerjasama dari pihak tuan amat kami harapkan.

Sekian, terima kasih.

No comments: