Thursday, February 19, 2009

PEMBERITAHUAN LAMPU JALAN

Semua Penduduk Taman Seroja 3 

Tuan,

PEMBERITAHUAN PERMOTONGAN LAMPU JALAN OLEH TENAGA NASIONAL BERHAD RAWANG DI LOKASI TAMAN SEROJA 

Perkara di atas dirujuk. 

2. Dimaklumkan bahawa pemaju perumahan Kita, Noble Right Sdn Bhd telah didapati tidak menjelaskan bayaran bekalan elektrik bagi lampu jalan (seperti lampiran) kepada Tenaga Nasional Berhad kerana mengalami penggulungan Syarikat. 

3. Sehubungan dengan itu, Persatuan Penduduk Taman Seroja 3 sedang berusaha untuk menangani permasalahan di atas. Semoga bersama kita doakan kejayaan untuk kesenangan bersama. 

4. Pihak persatuan mengharapkan para penduduk menjaga keselamatan taman yang boleh diceroboh pada bila-bila masa disebabkan keadaan yang gelap pada waktu malam. Kerisauan ini memuncak kerana, sejak akhir-akhir ini kes pecah rumah sering berlaku di Bukit Sentosa. 

5. Pihak kami berharap, agar para penduduk dapat mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengatasi masalah di kawasan Perumahan Taman Seroja 3 dan 5. Segala kerjasama dari tuan amat kami hargai. 

Sekian, Terima Kasih.

2 comments:

bakarapi said...

maaf lah rakan2, kita skrg duduk di rumah yang takde tuan tanah, KITALAH tuan tanah tu...boleh buat apa saje...

bakarapi said...

PPS3 baru dapat surat dpd mahkamah tinggi KL, sykt Noble Right dah lingkup....lampu jalan kena tunggu urusan baru dgn peguam la pulak...nasiiieeeiiib...la beb...