Thursday, May 6, 2010

MESYUARAT AGONG PPTS3 KALI KE 6

NOTIS MESYUARAT AGONG PERSATUAN PENDUDUK TAMAN SEROJA 3 KALI KE 6

Perkara di atas dirujuk,

2. Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Seroja 3 dengan sukacitanya ingin memaklumkan, Mesyuarat Agong Persatuan Penduduk kali ke 6 akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 23 Mei 2009 (Ahad)

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Tabika Kemas Taman Seroja 3

3. Sehubungan dengan itu, pihak persatuan menjemput semua penduduk yang menetap di Taman Seroja 3, hadir ke Mesyuarat Agong tersebut. Pihak persatuan juga mengalu-alukan pendaftaran ahli-ahli baru.

4. Agenda Mesyuarat Agung di lampirkan, tuan-tuan dan puan-puan boleh mengemukakan usul-usul mengunakan keratan di bawah dan serahkan kepada pengerusi Persatuan, En. Noor Azam Bin Halal, Tel: 019-6638175 selewat-lewatnya pada 15 Mei 2010.

5. Datanglah beramai-ramai supaya kita dapat bersama menjayakan Mesyuarat Agong demi kebaikan bersama.

Sekian, terima kasih.

1 comment:

wawa said...

mmmmm start meeting lewat.. nextime maybe leh ontime sikit... so yang menungu tak bosan sangat .... lewat 10-20 minit ok lagi laa tapi 1 hour tu.. lambat sangat rr...