Monday, June 21, 2010

Minit Mesyuarat Agong Kali Ke 6

MINIT MESYUARAT PERSATUAN PENDUDUK TAMAN SEROJA 3
KALI KEENAM
2010

Tarikh : 23 MEI 2009 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Tabika Kemas Seroja 3
Kehadiran : 41 orang Ahli.

AGENDA 1 - UCAPAN PENGERUSI MAJLIS
1.1. Bersyukur kepadaNYA kerana diberikan kesempatan untuk mengendalikan majlis.
1.2. Mengalu-alukan kehadiran semua yang hadir dalam menjayakan mesyuarat kali ini.
1.3. Beliau juga berharap agar mesyuarat kali ini berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama dari semua yang hadir.

2. AGENDA 2 – UCAPAN PENGERUSI PERSATUAN PENDUDUK
2.1. Mengalu-alukan kehadiran semua ahli yang hadir untuk menjayakan persatuan ini. Beliau juga berharap akan dapat sokongan yang berterusan bagi mencapai hasrat persatuan.
2.2. Ucapan terima kasih kepada semua penduduk yang hadir walaupun hari minggu dapat jua bersama menjayakan mesyuarat agong persatuan kali ini.
2.3. Beliau menyatakatan bahawa selama setahun memegang tampuk pimpinan banyak perubahan telah berlaku dalam persatuan, beliau juga mengucapkan syabas kepada semua penduduk atas kerjasama terhadap semua program yang dijalankan.
2.4. Pengerusi memohon maaf di atas kelewatan, membuat mesyuarat agong kali ini kerana masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan iaitu pilihan raya kecil yang baru-baru ini dijalankan dalam kawasan kita.
2.5. Di atas komitmen dan kerjasama semua penduduk jawatankuasa penduduk memberikan cenderamata kepada semua yang hadir atas kemampuan yang termampu oleh pihak persatuan.
2.6. Pengerusi memohon agar kerjasama dan komitmen semua penduduk dapat dikekalkan sebagaimana moto persatuan kita Terus Kekal Bersatu.
2.7. Penduduk dan jawatankuasa harus menjalinkan perhubungan yang baik agar semua permasalahan persatuan dapat diselesaikan bersama, contohnya infrastruktur taman harus dibincangkan bersama.
2.8. Selama setahun memegang jawatan pengerusi menegaskan bahawa ada sebahagian permasalahan persatuan dapat diselesaikan dan ada juga masalah yang tidak dapat diselesaikan, beliau meminta jawatankuasa yang baru menyelesaikan permasalahan yang belum lagi diselesaikan.
2.9. Mengenai taman permainan pihak persatuan telah mendapat kebenaran dari MDHS. Masalahnya ialah peruntukan masih belum diperolehi kerana baget taman permainan melebihi 20k. Kita terpaksa menunggu.
2.10. Mengenai penghadang longkang pihak persatuan telah memohon MDHS tetapi belum mendapat maklum balas dari MDHS.
2.11. Pengerusi menegaskan selaki lagi bahawa objektif persatuan adalah sebagai satu saluran kepada penduduk mengutarakan masalah da diselesaikan bersama, sebagai jawatan kuasa sentiasa berusaha menerima sebarang masalah dan sedaya upaya menyelesaikan masalah tersebut.
2.12. Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa surau atas sokongan dan kerjasama yang sentiasa diberikan kepada semua program persatuan.
2.13. Akhirnya beliau sekali lagi mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua persatuan penduduk, semoga kerjasama berkekalan.

3. AGENDA 3 - PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
3.1. En. Mohd Ariffin Aksah mencadangkan agar minit mesyuarat agong kali ke 5 di sahkan.
3.2. En. Abdul Rahman menyokong cadangan supaya minit mesyuarat agong kali ke 5 disahkan.
3.3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT.
3.3.1. En. Yang Hashim bertanyakan bengenai minit 7.3 iaitu rukun tetangga, adakah pihak persatuan telah menubuhkan rukun tetangga yang diuar-uarkan dan papan tanda pun telah di bina.
3.3.2. Pengerusi menjawab bahawa papan tanda tersebut adalah penubuhan zaman En. Badang dahulu dan pihak persatuan tiada bersangkut-paut terhadap penubuhan tersebut, akan tetapi penubuhan tersebut tidak aktif.
3.3.3. Pengerusi menyatakan bahawa kita akan mengadakan perbincangan bersama penduduk Seroja 3 dan Seroja 5 bersama majlis perumahan dan kerajaan tempatan untuk membincangkan masalah rukuntetangga ini.

4. AGENDA 4 – PEMBENTANGAN AKTIVITI PERSATUAN
4.1. En. Muslimin selaku setiausaha persatuan, membentangkan laporan aktiviti Persatuan penduduk Taman Seroja 3 sepanjang tahun 2009/ 2010.
4.2. Beliau juga menyatakan ada aktiviti yang dirancang tidak dapat dilaksanakan dan berharap dilaksanakan pada tahun akan datang oleh jawatankuasa yang baru.
4.3. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Azam bin Halal kerana menyumbangkan Buletin Persatuan kepada semua penduduk Taman Seroja 3. Dengan adanya buletin ini dapatlah mewar-warkan aktiviti persatuan yang telah dijalankan dan mendapat kerjasama penduduk.

5. AGENDA 5 – PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN
5.1. En. Anuar Bin Usman membentangkan penyata kewangan bagi tahun berakhir Mac 2009.
5.2. Beliau juga memberitahu banyak sumbangan diterima semasa Program Mesra Rakyat Hari Keluarga Taman Seroja 3.
5.3. Bendahari juga membentangkan penerimaan kewangan adalah RM 8367.34 manakala perbelanjaan adalah RM 4567.25 dan baki dibawa kehadapan ialah RM 3800.09.
5.4. Bendahari sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua penduduk yang telah menyumbangkan sumbangan dan membayar yuran persatuan.

6. AGENDA 6 – PERLANTIKAN JAWATANKUASA 2009/2010
6.1. Perlantikan adalah seperti berikut:
6.1.1. Pengerusi : En. Noor Azam Bin Halal 0196638175
6.1.2. Naib Pengerusi : En. Noor Azam Bin Hamid 0132486546
6.1.3. Setiausaha : En. Muslimin Bin Parman 0196965841
6.1.4. Naib Setiausaha : En. Yang Bin Hashim 0162890052
6.1.5. Bendahari : En. Anuar Bin Othman 0193805236
6.1.6. Jawatankuasa
6.1.6.1. En. Kamarulzaman 0192697091
6.1.6.2. En. Shahrol Anuar 0133945698
6.1.6.3. En. Rosmal Bin Abd Malek 0122488083
6.1.6.4. En. Johari Bin Md Aini 0192172086
6.1.6.5. En. Hamid Bin Johari 0126174838
6.1.6.6. Pn. Rose Binti Miswan 0172601231
6.1.6.7. Pn. Nur Salwa Binti Muhamad Jamil 0126181354
6.1.7. Pemeriksa Kira-kira
6.1.7.1. En. Hamzah Bin Ahmad 0173228927
6.1.7.2. En. Zainal Abidin Bin Mohd Dan 0173694716

Perlantikan dibuat melalui undian majoriti yang dilaksanakan oleh semua ahli yang hadir.
7. AGENDA 7 – PEMBENTANGAN USUL
7.1. En. Yang Hashim mengusulkan supaya dibina dewan komuniti seroja 3 dan seroja 5. Pengerusi persatuan menyatakan bahawa jikakita ingin membina apa-apa bangunan perlu mendapatkan kebenaran dari MDHS. Pengerusi akan cuba berbincang dengan pihak bertanggungjawab untuk berusaha mencari tapak yang sesuai untuk dibina dewan jika mendapat kebenaran MDHS.

7.2. En. Yang Hashim juga mengusulkan supaya menghidupkan kembali rukuntetangga (KRT). Usul diterima sebulat suara. Pengerusi cuba mendapatkan makluman tentang status KRT BS6. Jika mendapatkan makluman akan diadakan berbincangan bersama.
Tindakan: Pegerusi Persatuan

8. AGENDA 8 – HAL-HAL LAIN
8.1. Penubuhan Pasukan Rela
8.1.1. En. Rosli Hasan mencadangkan bahawa ditubuhkan Pasukan Rela bagi persatuan penduduk taman Seroja 3. En Rosli Hasan rela memohon untuk mendapatkan pendaftaran di bawah pengurusan Rela.
Tindakan: En Rosli Hasan

8.2. Penambahan Dana Persatuan
8.2.1. En Zainal mencadangkan bahawa pihak poersatuan menubuhkan kedai cuci kereta, untuk menambahkan dana persatuan.
8.2.2. Cadangan akan dipertimbangkan kerana perlu mengira modal dan pekerja serta tempat yang sesuai.

8.3. Penubuhan Koperasi Persatuan
8.3.1. En. Rosli Hasan mencadangkan bahawa ditubuhkan koperasi persatuan penduduk agar dapat menjana pelaburan untuk penduduk serta manfaat kepada semua ahli.
8.3.2. Cadangan akan dipertimbangkan kerana penubuhan koperasi adalah dibawah akta Koperasi dan Angkasa.

8.4. Kad Keahlian Persatuan
8.4.1. En. Ali mencadangkan diadakan kad keahlian kepada semua ahli, lebih-lebih lagi yang meronda malam kerana berkemungkinan jika ada kad pengenalan ahli semua dapat mengenali dan memudahkan pihak polis berurusan jika berlaku sebarang masalah pada waktu malam.
8.4.2. Cadangan akan dipertimbangkan dan kan cuba untuk diadakan kerana cadangan ini baik untuk memberikan seumpama kad kuasa rondaan malam.

8.5. Uar-Uarkan No. Telefon Jawatankuasa
8.5.1. Pn. Saleha mencadangkan bahawa diberikan no. Telefon jawatankuasa agar mudah dihubungi apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini di dalam taman perumahan seroja 3, contohnya kejadian baru-baru ini iaitu kecurian pintu pagar rumah kosong, tidak dapat berbuat apa-apa kerana tidak ada nombor untuk dihubungi.
8.5.2. Jawatankuasa akan mencetak kad-kad nama jawatankuasa beserta no telefon untuk dihubungi, memudahkan ahli persatuan menghubungi jawatankuasa untuk mengutarakan masalah dan secara tidak langsung dapat merapatkan lagi ahli dengan jawatankuasa.

9. UCAPAN PENANGGUHAN MESYUARAT
9.1. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran ahli yang hadir dan mengucapkan syabas dan tahniah kepada jawatankusa yang lama.
9.2. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua ahli kerana memberikan mandat sekali lagi untuk meneraju persatuan. Beliau berhasrat akan lebih bekerja untuk persatuan.
9.3. Beliau akan membincangkan bersama jawatankuasa yang dilantik untuk membincangkan perancangan aktiviti untuk tahun 2010/ 2011.
9.4. Beliau juga akan membuat pembaharuan kepada Taman Seroja 3 dan mohon mendapatkan kerjasama dan sokongan dari ahli persatuan.
9.5. Beliau berharap agar penduduk bersatu padu dan bekerjasama sebaik yang mungkin.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11:36:21 pagi

No comments: